Lima Ciri Bakal Menantu Idaman Rohana Jalil

Ibu mana yang tak berasa bangga melihat anak gadisnya, Kilafairy berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa!

Akui penyanyi popular 80 an, Rohana Jalil, dia berasa amat bangga dan gembira dengan kejayaan anaknya apabila lagu Put The World In mendapat sambutan hangat di Papua New Guinea.

Menerusi laman Instagram Kilafairy, dia ada memuatnaik beberapa keping gambar berhubung kejayaan single sulungnya berada di tempat teratas carta iTunes di negara itu.

“ Sebagai seorang ibu, sudah pasti saya happy dengan pencapaian adik (nama timangan Kilafairy).

“ Adik selalu cakap nak jadi macam Yuna. Alhamdulillah, impiannya perlahan-lahan bakal jadi kenyataan, Insha Allah,” kata Rohana yang ditemui di Majlis See The Unseen di Happ Cafe, Tropicana Avenue, sebentar tadi.

Dalam masa sama, sempat admin bertanyakan sama ada Kilafairy sudah berpunya buat masa ini. Maklum saja, Kilafairy orangnya popular dan cantik, sudah pasti ramai yang ‘menghimpit’. Ye tak?

“ Saya akui ramai jejaka yang cuba dekati dia. Ada yang handsome, kaya dan banyak kriteria menarik pada lelaki-lelaki itu tetapi nampaknya adik mahu fokus pada kariernya buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Kalau nak mengorat anak, mesti ambil hati ibunya dulu kan? Rohana turut menyenaraikan lima ciri yang perlu ada untuk mendampingi anak kesayangannya itu.

“ Bekerjaya, boleh membimbing anak saya ke syurga, hormati ibu-bapa dan kalau boleh biarlah dia mempunyai pendapatan tetap.

“ Oh, kalau boleh jejaka itu biarlah tinggal berdekatan rumah kami. Jangan jauh-jauh,” akhirinya sambil tertawa.

Terdahulu, Kilafairy pernah dikaitkan dengan jejaka dari Indonesia, Hardy Hartono yang juga merupakan pelakon Kitab Cinta.

SGMS Faida