Linda Rafar Dakwa Filem Janna Endoro Disabotaj? – “Melayu Jatuhkan Melayu”

Pelakon, Linda Rafar mendakwa filem terbitan syarikat produksinya yang berjudul Janna Endoro disabotaj oleh pihak tertentu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Linda yang juga penerbit esekutif bagi filem tersebut mendakwa filem arahan Sham Jr itu disabotaj sehingga ramai tidak tahu tentang kewujudan filem tersebut.

“Filem Janna Endoro rupanya ramai yang tak tahu dah lima hari di pawagam.

”Marketing people yang pihak Double Channel upon tak buat kerja.

“Baru tahu rupanyaaa promosi filem tak jalan semua tak tahu wujud filem Linda ni. Sabotaj betul laaa,” dakwanya.

Tambah Linda, dia seolah letih apabila industri diperlakukan sebegitu.

“Melayu jatuhkan melayu. Sampai bila? Filem bagus tapi tak ada orang tahu.

“Filem tak bagus promo giler. Dunia semakin kotor,” dakwanya lagi.

Janna Endoro menampilkan barisan pelakon popular seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor di pawagam terpilih di seluruh negara.

Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Janna Endoro Bukan Mahu Tunjuk Orang Kelantan Jahat, Tak Adil Jika Dipolitikkan – Pengarah  

Khairil Khusyairi