Categories: Hiburan

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, pelakon, dan usahawan yang bertubuh kenit ini, Liyana jasmay sememangnya manis lebih-lebih lagi beliau kini mengenakan hijab. Bercakap mengenai LJ, baru-baru ini kami berpeluang untuk datang dan merasai sendiri menu yang ada di Restoran Dapur miliknya.

Suasana yang santai dan makanan yang sedap sudah pasti dapat memuaskan hati sesiapa sahaja yang datang ke sini. Bagi LJ dia memilih ayam sebagai pilihan utama Restoran Dapur kerana, dia merupakan seorang pemakan ayam yang tegar, dan apa yang menariknya semua stok daripada ayam dan sayur sehinggalah ke cili padi dan sayur –sayuran adalah hasil daripada kebun yang diusahakan olehnya dan juga suami. Wow! Menarikkan?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

Selain mereka yang gemarkan makanan pedas , mereka yang rasa-rasa teringin nak makan pisang bakar cheese juga di wajibkan datang berkunjung ke Restoran Dapur, Ayam Kampung LJ ni . Kenapa? Kenalah datang dulu.

Antara senarai makanan di Restoran Kampung LJ

Harga yang ditawarkan juga sangat murah sesuai dengan menu hidangan. Bermula dari harga RM6 sehinggalah RM15++. Pengunjung yang datang jangan bimbang, kerana air yang dihidangkan sangat murah iaitu dengan harga RM1 per jug sahaja dan boleh refill ye!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut makanan apa yang menjadi pilihan pengunjung. 

 

Salma Syahbuddin