“Apa Yang Tersemat Adalah Memori…” – Liyana Jasmay Sambut Ramadan Pertama Tanpa Ibu & Bapa

Aktres, Liyana Jasmay berkongsi dia menyambut kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini tanpa ibu dan ayahnya.

Menurutnya, ini tahun pertama mereka sekeluarga menyambut Ramadan tanpa ibu dan bapa selepas pemergian ibunya, Datin Habsah Simpon, Mei tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Liyana berkongsi foto-foto momen dia bersama ibu dan bapanya.

“Ramadan hampir tiba, ia akan jadi yang pertama buat kami tanpa kedua-dua sayangku.

“Apa yang tersemat adalah memori, memori terbaik, memori terindah dan memori yang takkan dilupakan.

“Sampai jumpa lagi Mama & Abah, Insya-Allah,” tulisnya.

Untuk info, arwah Datin Habsah Simpon meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Manakala, suami Allahyarham, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Selain Liyana, Allahyarham meninggalkan tiga lagi anak iaitu Juzaili Jasmay, 47; Faradilla Jasmay, 44; dan Adriana Jasmay, 42.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari, 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Sofia Arissa dan Selena.

Khairil Khusyairi