“Di Mata Anakmu, Andalah Yang Terbaik…” – Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri tampil berkongsi luahan hatinya berkenaan kepayahan menjadi seorang ibu.

Menurut Shakilla, meskipun menjadi seorang ibu adakalanya sukar tetapi mereka tetap yang terbaik di mata seorang anak.

“Being a mama can be tough, but always remember that in the eyes of your child, nobody does it better than YOU,” tulisnya di Instagram Story (Igs).

Dalam pada itu, Shakilla turut memuat naik foto anaknya, Ameena Sofia yang sedang nyenyak tidur ketika memakai baju sekolah.

Kata Shakilla, dia sentiasa akan mendahului puteri kesayangannya itu dan mahu mengharungi apa sahaja perkara bersamanya.

“Whatever happens after this, we will go through it together. I will not stay or put you in the second choice because you are always on top in my life,” katanya.

Fatin Nurain