Amelia Christie Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Pelakon Amelia Christie Lim akhir tampil buka mulut mengenai status hubungannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad yang didakwa sudah putus cinta.

Memetik laporan Harian Metro, Amelia redha dengan kenyataan Sharnaaz yang memberitahu mereka tidak pernah mempunyai hubungan istimewa.

“Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja,” ujarnya.

Spekulasi putus cinta itu mula menjadi bualan ramai apabila mereka tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Menurut Amelia, dia menegaskan tidak pernah menyekat atau ‘unfollow’ mana-mana akaun media sosial.

“Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.

“Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan. 

“Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus,” jelasnya.

Tambahnya, penjelasan yang diberikan bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa mahupun bermusuh dengan mana-mana individu.

“Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.

“Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak. 

“Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh  menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.

Spekulasi itu semakin jelas apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isteri, Nabila pada tahun lalu.

Selain bercuti, Amelia juga dikatakan beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.

Maya Basir