Luah Hasrat Menunggu Jodoh Dalam Single Terbaharu

Selepas muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Bicaramu’ pada tahun lalu, penyanyi muda meningkat naik, Amir Hasan kini tampil dengan single keduanya yang berjudul ‘Gadis Yang Ku Tunggu’.

‘GYKT’ dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan. Lagu ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh tetapi masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya.

“ Inspirasi saya untuk lagu ini adalah tentang jodoh. Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu.

“ Gadis itu sebenarnya adalah jodoh saya sama ada saya sudah mengenalinya ataupun tidak. Ia ditujukan kepada gadis yang bakal menjadi isteri saya satu hari nanti”, kata penyanyi berusia 23 tahun ini.

Menyingkap disebalik perjalanan karier seni jejaka kacak ini, Amir Hasan mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu Akad dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai Vape atau rokok elektronik menjadi tular di media sosial.

Selain itu, Amir turut kerap memuatnaik video nyanyian lagu cover di media sosial atas permintaan ramai yang mahu mendengar versi nyanyiannya.

‘GYKT’ merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes sejak 8 Mac 2019 di pautan ini -> https://wmm.lnk.to/GYKT

SGMS Faida