Categories: HiburanTrending

Luah Rasa Di IG, Netizen Nasihat Kak KM & Suami Untuk Bermaafan – “Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih”

Usahawan kosmetik sensasi, Kak KM memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya berada di sebuah restoran.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah kapsyen yang ditulisnya pada video tersebut.

Kata Kak KM atau namanya Liana Rosli, dia memberi pesanan bahawa jangan cuba untuk menyakiti hati seorang isteri jika tak boleh untuk membahagiakannya.

“Kalau tak boleh bahagiakan isteri, jangan cuba sakitkan hatinya,” tulis Kak KM.

Susulan itu, warganet mengaitkan video tersebut dengan insiden baru-baru ini di mana suaminya, Razman Ramli tidak sengaja meremukkan kereta miliknya namun didakwa enggan memohon maaf.

Walaubagaimanapun, ada segelintir warganet menasihati untuk saling berbaik dan bermaafan antara satu sama lain.

Sebelum ini, tular video Kak KM menunjukkan keadaan kereta miliknya remuk akibat merempuh tembok rumah dan dia menghamburkan kata-kata kesat kepada suaminya.

Artikel Berkaitan: “Jahanam Harta Aku, Macam B*bi…” – Kereta Alphard Remuk Rempuh Tembok, Netizen Terkejut Kak KM Hambur Kata Kesat Pada Suami?

Artikel Berkaitan: Isu Kak KM Maki Suami, Ustaz Wadi Anuar Tampil Perjelas Hukum – “Kalau Tak Sempat Taubat Maka Neraka Tempatnya”

Artikel Berkaitan: Netizen Perlekeh Result Exam Anak Dapat 4 Flat, Sekali Kak KM Hambur – “Kau Anak Bodoh, Duduk Diam Sudah”

Atiqah Johari