Pekin Ibrahim Kongsi ‘Keajaiban’ Ikhtiar Dapatkan Bayi Sulung, Siap Dah Plan Nak Buat IVF – “Lepas Sebulan Jumpa Ustaz Terus Mona Hamil”

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan cahaya mata. Pelbagai ikhtiar sudah dicuba tetapi masih sabar menanti. Begitu juga aktor Pekin Ibrahim dan isteri yang juga pelakon Mona Allen yang tidak berputus asa dalam mencari jalan ikhtiar.

Ketika ditemui, Pekin mengakui ada keajaiban yang berlaku pada dia dan Mona setelah berjumpa dengan seorang Ustaz di sebuah pusat perubatan Islam di Melaka.

Lebih mengejutkan, Pekin berkongsi Mona didapati hamil selepas sebulan berjumpa dengan Ustaz tersebut.

“Ada keajaiban. Bila saya pergi jumpa doktor dan mereka periksa Mona dan kesan seperti Cyst sebesar syiling 50 sen.

“Jadi setiap 2 minggu perlu buat pemeriksaan, kalau Cyst tak membesar itu normal, kalau membesar ia perlu ‘operate’.

“Kemudian kami pergi ke sebuah pusat rawatan Islam tersebut, saya masuk sahaja ke rumah tersebut Ustaz tersebut cakap ‘Pekin okay tiada masalah tapi Mona ada masalah seperti ada ‘benda hitam’ dalam Rahim…ada lah sebesar syiling 50 sen.

“Saya dan Mona terdiam ketika itu, kami pandang masing-masing.

“Ustaz cuma cakap tawakkal sahaja dan ikhtiar dan selepas seminggu kami pergi buat pemeriksaan semula dan ‘Cyst’ itu hilang. Doktor berkali-kali scan tetap tiada.

“Itu keajaiban yang kami lalui, dan selepas sebulan Mona hamil,” kongsinya kepada XTRA.

Menurut Pekin lagi, dia dan Mona ketika itu sudah bersedia untuk membuat proses IVF atau persenyawaan In Vitro namun terpaksa melupakan hasrat itu setelah mendapat tahu Mona hamil.

“Kami sebenarnya dah bersedia untuk buat IVF, dah ada plan, sebab itu kami pergi berjumpa doktor, doktor buat pemeriksaan, saya dan Mona normal, tiada masalah.

“Doktor juga cakap mungkin belum ada rezeki ketika itu. Sebelum IVF juga ada satu proses iaitu IUI atau Intrauterine Insemination. Doktor sarankan untuk buat proses tersebut dahulu. Mona pun okey sahaja.

“Belum sempat ambil darah, periksa semua air mani semua normal, soalnya belum ada rezeki, kemudian tiba-tiba hamil selepas berjumpa dengan Ustaz tersebut.

“Saya gembira, dalam masa sama jimat,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Pekin turut berkongsi dia menerima petua-petua yang aneh untuk mendapatkan cahaya mata.

Untuk info, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekin Ibrahim Pesan Jangan ‘Give Up’ Dapatkan Zuriat, Kongsi Pernah Dapat Petua Aneh – “Bila Bersama Perlu Buka…”

Khairil Khusyairi