Luah Rasa Syukur & Teruja, Zalif Sidek Timang Cahaya Mata Sulung

Pelakon Zalif Sidek berkongsi khabar gembira di mana isterinya, Anis Marzuki, 25, telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Pahang, malam tadi.

Zalif Sidek, 37, memaklumkan bahawa isterinya telah melahirkan bayi perempuan mereka pada jam 9.15 malam tadi menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya.

“Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, isteri saya @anismarzuki selamat bersalin 9.15pm tadi… baby girl.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan buat kami. Tunggu gambar ok!,” kongsinya.

Menerusi hantaran terbaru, Zalif berkongsi foto sebahagian wajah puteri sulungnya itu dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran anaknya.

“Assalamualaikum dunia. Tiada kata-kata yang boleh diungkapkan dengan rasa syukur atas kelahiran anak pertama kami di dunia. Syukur alhamdulillah terima kasih Allah SWT.

“Semoga baby kami sentiasa sihat dan selalu dalam lindungan Tuhan,” tulisnya.

Namun begitu, Zalif belum mendedahkan nama dan wajah anaknya itu.

Menjengah di ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan tahniah kepada Zalif dan isteri.

Atiqah Johari