Lebih Besar & Gempak, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 Umum Bakal Meriahkan Musim Raya April Ini!

My Events International dan Absolut Event & Management bakal menganjurkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua dari 14 – 17 April 2023.

Dengan kerjasama Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebagai lokasi rasmi, festival jualan raya besar-besaran ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, tahun ini.

Selepas mendapat sambutan luar biasa tahun lalu, kali ini ABXGR23 bakal membawakan lebih daripada 500 pempamer yang akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi serta pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terinspirasi daripada musim FIFA2023 di Qatar sebelum ini, pelakon Nadiyah Shahab yang juga pengasas Absolut Event & Management menyatakan pihaknya ingin mengetengahkan identiti Islam seperti itu juga.

“Tahun lepas ada konsert kan. So, tahun ni pun ada juga tapi kita tak boleh bagitahu lagi siapa yang akan membuat persembahan tu.

“Cuma kita boleh bagi hint sikit, tahun ni kita nak macam more penyanyi balada sebab kita berkemungkinan akan berkolaborasi dengan Bank Islam juga.

“Kami juga sangat terinspirasi dengan FIFA hari tu melalui cara Qatar pamerkan Islam dengan cara yang sangat moden, tak cringe and cheesy. Kami rasa benda tu cool dan we wan present Islam that way juga,” katanya.

Selain menjadi inisiatif untuk membantu usahawan tempat dan pemilik perniagaan kecil, festival ini juga bakal dimeriahkan oleh beberapa selebriti terkemukan tanah yang akan turut berniaga sepanjang ia berlangsung.

Antara artis yang akan terlibat ialah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan serta ramai lagi.

Fatin Nurain