Sharnaaz Ahmad Mengaku Tak Bersalah Tumbuk & Tendang Penghuni Kondo – “Harini Gaduh, Esok Jadi Kawan Baik”

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur di atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.

 

Memetik laporan mStar, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, memberitahu kes jenayah ini tidak menganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti malah menyifatkannya perkara itu sebagai warna dalam kehidupan.

“InsyaAllah tiada apa yang menganggu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui.

“Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupun warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia sudah bersedia berdepan dengan perbicaraan kes tersebut memandangkan perkara sudah pun berlaku.

Selain itu, dia percaya bahawa setiap apa yang berlaku ada sebab dan berharap agar ia dapat diselesaikan dengan baik.

“Bagi saya ini basic sebab benda ini lelaki sama lelaki, jadi ada perangai kita sendiri. Tetapi lelaki kalau gaduh lain, gaduh hari ini, esok jadi kawan balik,” ujarnya.

Sementara itu, peguam Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan pihaknya akan mengemukankan satu permohonan representasi untuk menggugurkan kes tersebut jika mahkamah membenarkan.

Bagi kes berkenaan, pelakon ini didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Maya Basir