“L*cah Betul, Patut Kena Banned Ni!” – Kongsi Tarian Gelek Punggung, Ifa Raziah & Aliff Syukri Undang Rasa Kurang Senang Netizen!

Perkongsian video yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, rata-rata pengikut aktres itu meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap klip video yang memaparkan dirinya bersama usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menari bersama sambil menggoyangkan punggung mereka.

“Pagi-pagi kena buat senaman punggung. Siapa paling seksi,” katanya.

Melihat kepada aksi yang dianggap keterlaluan itu, ramai dikalangan peminat dan pengikut  mereka kesal dan malu melihat aksi usahawan ini yang dikatakan tidak mempunyai rasa segan terhadap pengikut mereka walaupun sudah beberapa kali menunaikan umrah.

Bahkan, ada yang menganggap, lingkungan umur seperti kedua-duanya seharusnya dijadikan contoh dan ikutan untuk generasi akan datang dan bukan sebaliknya.

“Lucah betul, serius tak senonoh!”

Tidak habis disitu, kedua-dua usahawan ini juga dilihat turut berbalas komen di ruangan platform berkenaan apabila saling memuji antara satu sama lain.

Salma Syahbuddin