“Saya Terus Signed On The Spot” – Ezra Kairo Pilih Bernaung Dibawah Label EMI Gara-Gara…

Penyanyi baru, Ezra Kairo memberitahu dia memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman terkenal EMI Music Malaysia disebabkan penyanyi ratu rock Malaysia, Ella.

Menurutnya, dia merupakan peminat kepada Ella dan sangat meminati lagu Rama-Rama.

“Actually, I’m a huge fan of Ella and the first Malay song yang I discovered was Rama-Rama. Then bila I search that song on Youtube, dekat bawah ada label EMI.

“Before this I was into English songs and I never caught into Malay’s music market. And my brother who knows about this industry told me about EMI. He said Tan Sri P. Ramlee was there and the other legends too,” katanya.

Pada masa sama, dia menceritakan bagaimana dia dilamar oleh Adib Hamdi iaitu Ketua EMI Music Malaysia.

“I think a month later, I saw his (Adib) DM out of nowhere and then I facetimed dia terus and on the same day terus jumpa.

“The way he was explaining through Facetime and he said he was from EMI. Then I ask ‘was Ella from EMI?’ and he said yes, then I terus signed on the spot,” ujarnya semasa ditemui di Majlis Pelancaran Semula EMI Music Malaysia di Hotel Grant Hyatt, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ezra mula terkenal di aplikasi TikTok dengan jumlah pengikut lebih daripada 180 ribu orang dan dikenali dengan membawakan genre muzik bersifat Pop dan R&B.

Terkini, dia telah mengeluarkan single ‘Benar’ yang juga merupakan single pertama keluaran EMI Music Malaysia.

Maya Basir