Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya.

Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Cium Zahirah Macwilson!

Baru-baru ini, tular sekali lagi sebuah perkongsian dimuat naik Zahirah di TikTok yang memaparkan rakaman Aiman dan Isaac berebut untuk memegang tangannya pula.

Menerusi hantaran tersebut, Isaac memarahi Aiman yang sedang memegang tangan Zahirah dan turut ingin menggigit tangannya memandangkan dia tidak mahu melepaskan tangan Zahirah setelah dimarahi beberapa kali.

“No! No! No!” jerit Isaac kepada Aiman di dalam video tersebut.

“Come on give me a chance. Please, I’m begging you. She’s my wife!” kata Aiman kepada anak sulungnya itu.

@zahirahmacwilsonHari tu berebut 😘 now 🤝

♬ original sound – Zahirah Macwilson

“Hari itu berebut kiss now berebut pegang tangan,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat keluarga kecil ini dan turut memuji kecomelan mereka. Lebih-lebih lagi Isaac yang sering tidak memberi peluang kepada bapanya.

“Hahaha semua dia punya.

“A very possessive Isaac toward his mummy hehe. Sorry daddy, my mom is mine get in line hahaha.

“So cute! nak berebut jugak tu.

“Isaac jeles dengan daddy dia ni. Comel je,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang terhibur melihat gelagat Isaac yang tersalah gigit tangan Zahirah di pengakhiran video tersebut.

“Cepat je daddy selamatkan diri dari digigit Ijack. Mummy pula jadi mangsa. Eh comel.

“Berebut dengan daddy, last-last tangan mummy jugak dia gigit hahaha.

“Dia salah tangan nak gigit.

“Hahaha, salah bite tu Isaac,” komen salah seorang netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 98,000 tanda suka dan lebih 312 komen.

 

 

Dharnieya Nur Amelsa