Kongsi Foto Bersama Lelaki Atas Katil, Netizen ‘Muak’ Dengan Gimik Janna Nick

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick dikecam lagi gara-gara memuat naik foto sedang berbaring di atas katil bersama seorang lelaki.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi hantaran terkini di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, pelantun lagu Gatal itu berbaring di atas katil manakala wajah lelaki tersebut tidak didedahkan.

“Cinta tulus aku semaikan #mentarisetia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Ekoran hantaran itu, rata-rata warganet berasa kurang senang dengan tindakan aktres tersebut yang kononnya sengaja mencetuskan kontroversi dengan mencipta ‘drama’ sedemikian.

Bahkan, ada di antara mereka yang sudah muak dengan ‘marketing’ murahan Janna.

Bagaimanapun, tanda pagar Mentari Setia itu didakwa merupakan single terbaharunya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, Janna pernah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik status berbentuk provokasi mengenai hubungannya bersama pelakon, Dini Schatzman yang dikatakan sudah berakhir.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tuduh Janna Nick Annoying Selepas Hubungan Cinta Didakwa Berakhir, Ini Jawapan Empunya Badan -“Minta Maaf, Saya Tak Cukup Matang & Kuat”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kepada Kamu, Moga Berbahagia… Kini Cinta Kita Telah Berakhir, Selamanya” – Status Janna Nick Jadi Perhatian, Ramai Dakwa Putus Cinta Dengan Dini Schatzmann?

ARTIKEL BERKAITAN:“Habis Tu Nak Kena Buat Apa Ni? Kesian Jadi Perempuan” – Ini Respons Padu Janna Nick Terhadap Isu…

ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Beli Rumah Lagi – “Done Tambah Hutang”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Tular Peminat Rakam Janna Nick Daripada Belakang, Netizen Gatal Berikan Kata-Kata Lucah Di Ruangan Komen

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin