Categories: HiburanSelebriti

Lufya Omar DiMalukan Depan Orang Ramai?

Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan seorang artis veteran yang bersikap biadap apabila menegur bentuk badannya di depan orang ramai yang agak sedikit berisi selepas melahirkan anak sulungnya.

Walaupun diaib sebegitu rupa, Lufya bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengaibkan artis veteran itu seperti mana yang dilakukan wanita tersebut.

“Saya masih tetap dengan pendirian saya iaitu tidak mahu mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadap menegur bentuk badan saya secara umum.

Sebab saya tak nak mengaibkan dia seperti mana dia mengaibkan saya di sebuah majlis baru-baru ini.

“Saya terkejut juga dengan apa yang dikatakan wanita itu. Sebab setahu saya, masa dia muda badan dia langsing tapi sekarang dah berisi.

Jadi, kenapa dia perlu mempersendakan bentuk badan orang lain sedangkan dia juga sama. Saya tidak kisah jika dia mahu menyapa saya tanpa biarlah ada cara.

Pujian harus diberikan kepada Lufya walaupun dimalukan di depan orang ramai, beliau tidak mahu bersikap sama seperti artis tersebut.

SGMS Enal