Maafkan Dia, Semua Orang Pasti Buat Silap – DSV

Gara-gara ‘tersalah cakap’ di salah sebuah program realiti tempatan, baru-baru ini,  Datuk Seri Aliff Syukri dikecam hebat netizen di media sosial.

Aliff yang membangkitkan kemarahan bukan sahaja netizen malah ada di kalangan artis yang menegur tindakannya ketika mempromosikan produknya itu.

Dalam pada itu, rakannya yang juga usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) tampil menasihatkan Aliff agar terus tenang menghadapi saat-saat sukar seperti sekarang.

“ Kita tidak akan dapat lari daripada stigma masyarakat dan bukan mudah juga menjadi satu-satu yang unik dalam masyarakat.

“Kecaman ada di mana-mana, mental kena kuat tapi sedihnya ramai juga yang kecundang, ramai yang berusaha keras dalam diam, hidup ini tak semudah bicara. Semoga adindaku Aliff Syukri terus kuat,” tulisnya.

Dalam masa sama, Vida memohon agar netizen memaafkan tindakan Aliff kerana setiap individu tidak pernah lari dari membuat kesilapan.

“ Maafkanlah dia, setiap orang pasti melakukan kesilapan dan paling penting jadikan pengajaran,” tulisnya lagi.

Aliff turut meninggalkan komen dalam hantaran berikut dengan bersetuju terhadap apa yang ditulis rakannya itu.

“ Mereka menaip, kita berjuang berjuta-juta. Habis status kau up, habis nama saya busuk,” tulisnya ringkas.

Betul juga apa yang dikata DSV tu, semua orang pernah buat silap kan? 

SGMS Faida