Categories: Gaya Hidup

Tahukah Anda? Anda Boleh Bayar Hutang PTPTN Di 7-Eleven Dengan Cash Serendah RM10!

Bagi anda yang membuat pinjaman daripada PTPTN dulu, ingat tak lagi masa anda pertama kali lihat jumlah wang dalam bank anda setelah pinjaman itu diluluskan?

Rasa macam orang kaya sekejap, kan? Terutama sekali apabila anda betul-betul memerlukan wang tersebut.

Ha, wang pinjaman ini memang boleh menyelamatkan keadaan dalam hidup seseorang itu. Jadi bila dah berjaya melepasi situasi itu, mestilah kena bayar balik budi PTPTN, betul tak?

Selain daripada promosi pembayaran balik yang ditawarkan setiap tahun oleh perbadanan ini, ada banyak cara lain untuk langsaikan hutang anda pada masa kini.

Salah satunya melibatkan tempat yang anda mungkin singgah setiap hari: 7-Eleven!

Ya, betul! Anda boleh pergi saja ke mana-mana cawangan kedai serbaguna ini untuk buat bayaran secara cash!

Tapi sebelum itu, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Lawati laman web PTPTN ini dan masukkan nombor MyKad anda.

2. Pilih peringkat pengajian anda dan klik “Teruskan”.

3. Isi butiran peribadi anda dan klik “Seterusnya”. Maklumat anda akan tertera semula untuk anda review. Jika semuanya tepat, klik “Pembayaran”. 

4. Maklumat pembayaran pula akan dipaparkan. Klik pada kotak Setuju dan kemudian klik “Proceed”.

5. Cetak muka laman seterusnya dan bawakannya ke 7-Eleven apabila anda ingin membuat bayaran.

Nota: Anda bukannya membuat bayaran di laman MolPay ini, ya! Itu cuma perantaraan saja.

Tunjukkannya cetakan tadi kepada cashier 7-Eleven dan bayar di kaunter secara tunai dalam tempoh masa yang diberikan. Cashier itu akan scan saja barcode pada kertas itu.

Senang!

Jadi jangan tangguh-tangguh lagi! Cepat langsaikan hutang pinjaman anda. Jangan pura-pura tak ada duit tapi lepas itu beli itu ini, okay! 

PTPTN dah beri kelonggaran dan kemudahan, bayar sikit-sikit pun boleh. Anda tak ada alasan lagi untuk tidak bayar.

Sumber: World Of Buzz, After School

Ad Ops