‘Macam Mana Boleh Kenal Syed Saddiq?’- Raja Yunika Putri Jawab Soalan Netizen

Sejak tersebar berita pelakon Indonesia Raja Yunika Putri yang mendapatkan bantuan bantuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menjadi mangsa kecurian baru-baru ini, ramai yang tertanya bagaimana dua individu terkenal ini saling mengenali.

Raja Yunika ketika dihubungi Harian Metro menjelaskan, dia sudah sudah lama mengenali Syed Saddiq dan pasukannya kerana pernah terbabit dalam pelbagai kegiatan pembangunan anak-anak muda di negara Asean.

“Saya sudah lama mengenali beliau kerana organisasi kami sering bertukar pandangan mengenai pembangunan anak-anak muda di rantau ini.

“Saya berterima kasih kepada beliau kerana membantu memberikan pandangan mengenai insiden yang berlaku tempoh hari,” katanya.

Terbaru menerusi Harian Metro, Yunika mendedahkan selebriti itu merayu agar dia menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Jelas Yunika, dia tetap akan teruskan dengan laporan tersebut atas nasihat beberapa pihak.

Terdahulu, pelakon ini mendakwa menjadi mangsa kecurian seorang artis kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia di sebuah kelab malam pada 7 Jun lalu.

Berita ini turut mendapat liputan meluas oleh media Indonesia dan pihak berkuasa Singapura.

SGMS Faida