“Macam Tanduk Maleficent Je…” – Dilabel Sebagai Mega, Namun Ada Yang Persoalkan Busana Uyaina Arshad

Tampil menawan dalam persalinan cukup mewah hasil inspirasi dari Cleopatra!

Karya pereka fesyen terkenal tanah air, Shanell Harun terhadap pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sememangnya berjaya mencuri perhatian.

Mana tidaknya, persalinan mewah berwarna keemasan itu turut dilengkapi hiasan kepala yang seakan-akan menyerupai kostum filem Maleficent yang terkenal sekitar tahun 2014 itu.

Bukan itu sahaja, walaupun dipuji menawan dan disifatkan sebagai mega, busana Uyaina Arshad ini juga turut menjadi bualan rata-rata netizen dilaman sosial Shanell.

Malah, perkongsian Shanell menerusi platform TikTok nya juga turut mencuri perhatian netizen apabila video berdurasi lebih 8 minit itu telahpun ditonton melebihi 900,000 kali tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan terkini Xtra dilaman sosial berikut, Shanell dilihat menutup ruangan komen berkenaan atas faktor-faktor tertentu.

Salma Syahbuddin