Mahu Cuba Pelbagai Watak, Bella Astillah Sedia Bawa Watak Penyondol

Penyanyi dan pelakon bersedia untuk membawa apa jua jenis watak dalam lakonan termasuklah karakter orang ketiga.

Menurut Bella, dia mahu mencuba pelbagai lagi watak yang mencabar dalam lakonan seperti watak antagonis yang lebih serius.

“Nak juga cuba bawa watak penyondol. Saya terima je sebab sebenarnya in reality kehidupan pun memang ada dan saya terbuka untuk mendapat watak itu

“Sebab nak tahu jugak apalah yang mereka rasa ni kan, bukan ke kita jadi hidup tak tenang jadi takut-takut kan?” seloroh Bella.

Bella ditemui di majlis rumah terbuka dan pelancaran Loudspeaker Karaoke di Datum Jelatek Mall.

Berkongsi lanjut, sebagai pelakon yang komited, Bella juga bersedia untuk menerima pelbagai watak seperti watak cacat untuk menimba pelbagai pengalaman baru.

Untuk info, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan hasil perkahwinan tersebut telah dikurnakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Izzi Farhana