Kongsi Foto Bersongkok, MK K-Clique Beri ‘Hint’ Bakal Kahwin?

Penyanyi rap popular, MK K-Clique memuat naik beberapa keping foto di Instagramnya menarik perhatian dalam kalangan peminat dan warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi fotonya yang bersaiz pasport dan memakai songkok.

Susulan itu, ramai yang beranggapan bahawa MK sedang menghitung hari untuk menamatkan zaman bujangnya.

Tidak kurang juga, rakan selebriti seperti Yusuf Bahrin dan Nabila Razali meninggalkan komen berbentuk ucapan tahniah di ruangan komen hantaran itu.

Pada hantaran itu, MK mendoakan agar urusan setiap orang dipermudahkan.

“Salam Jumaat! If you’re reading this, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmatnya. Aminn Allahuma Aamiinn,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikutnya saling berteka-teki mengenai foto yang dimuat naik tersebut.

Sebelum ini, MK pernah berkongsi ciri-ciri calon isteri yang dia inginkan dan mengakui perasaannya membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Perasaan Membuak-Buak Nak Kahwin, MK K-Clique Senaraikan Ciri-Ciri Calon Isteri – “Saya Memerlukan Seseorang Yang…”

Artikel Berkaitan: “Minta Maaf Atas Semua Sayang… Saya Sayang Awak!” – Peminat Kecewa MK K-Clique Dah Ada Kekasih Hati

Artikel Berkaitan: “Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

Artikel Berkaitan: “Benda Itu Automatik” – Aksi Berpimpin Tangan Wanita, MK K-Clique Akui Tidak Sengaja

Atiqah Johari