Isteri Fizo Omar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Pelakon Fizo Omar tampil mengumumkan isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan bayi perempuan, petang tadi.

Berita genbira itu telah dikongsikan oleh Fizo menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Fizo juga sempat meluahkan rasa syukurnya kerana segala urusannya berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.57 petang tadi di @andorrahospitalofficial.

”Syukur Ya Allah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH. tak terkata.

“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani ribuan ucapan tahniah daripada pengikutnya dan rakan selebriti.

Fatin Nurain