Kongsi Foto Terkini, Netizen Doakan Ameera Khan Ikut Jejak Neelofa

Adik selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas berkongsi gambar terkininya di Paris.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera atau terkenal dengan panggilan Little Miss Khan kelihatan cantik dan gembira ketika berada di Kota Cinta itu.

Sebelum ini, Ameera telah menerima kecaman teruk selepas berkongsi gambar bikini miliknya sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Tayang Bikini Merah, Netizen Perli Ameera Khan Terlampau ‘Try Hard’ – “Lepas Ni Kalau Kena Hentam Jangan Off Komen Pula!”

Meskipun isu tersebut sudah reda, kapsyen perkongsian terbaharunya itu sekali gus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

“This is who im trying to be,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Malah, ada juga yang memuji kecantikannya dan mendoakan agar dia berhijrah seperti kakaknya, Neelofa suatu hari nanti.

Fatin Nurain