Makin Letup! Zizie Izette Kongsi Foto Lepas Work-Out, Puas Hati Dapat Capai ‘Body Goals’

Pelakon Datin Seri Zizie Izette tampil berkongsi bentuk badan terkininya sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Zizie menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu telah memuat naik beberapa keping gambarnya selepas work-out bersama pelatih peribadinya.

Menurut Zizie, dirinya sangat berpuas hati dengan bentuk badan yang dimilikinya kini serta lebih yakin dengan diri sendiri.

“Little shout out to my personal trainer @gigicouzin for getting me to this point! You have taken me to the next level. Not only I’m in better shape now, but I also feel much more confident about myself.

“Thank you for guiding me toward my goals. And most of all, I’m so happy that I’ve found a friend in you,” tulisnya.

Kagum dengan penampilan terkininya, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa cemburu terhadap kecantikan bentuk badannya menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain