Main Filter ‘Time Travel’, Peminat Terkejut Lihat Perubahan Wajah Mira Filzah – “Dah Tua Pun Still Cantik!”

Pelakon Mira Filzah tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya bermain filter ‘Time Travel’ di TikTok.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform itu, Mira kelihatan tetap segak dan cantik meskipun filter tersebut menunjukkan wajahnya ketika berusia, 80 tahun.

“Tahun 2073 tu umur dah 80 tahun,” tulisnya.

@therealmfmirafilzahTahun 2073 tu umur dah 80 tahun. 🥲✨

♬ Can’t Help Falling in Love – Elvis Presley

Terpaku melihat wajah pelakon itu ketika berusia, rata-rata peminatnya menyifatkan Mira sentiasa awet muda di ruangan komen.

 

Fatin Nurain