Categories: HiburanTrending

‘Hilang’ Rakan Setugas Yang Pemurah, Suraya Sebak Kenang Budi Baik Shuib – “Dia Bayar Sarapan Kami Setiap Hari”

Tindakan pelawak dan penyampai radio Shuib yang mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya bersama stesen radio Suria FM Isnin lalu telah memberi kesan kepada rakan setugasnya.

Sebak dengan pengunduran anggota kumpulan lawak Sepahtu itu, rakan setugasnya, Suraya Borhan meluahkan rasa sayu apabila terkenangkan keserasian antara mereka termasuklah Ajak sejak mula bersiaran pada Ogos lalu.

“Peluang bekerja dengan orang hebat bukan semua orang dapat tetapi saya merasai perkara itu. Shuib sangat membantu dalam pasukan kami.

“Kami tidak pernah ada latihan bersama, senang bentuk keserasian sebab masing-masing sudah tahu tugas,” katanya.

Perkara tersebut dikongsi Suraya menerusi sebuah video ucapan perpisahan yang didedikasikan khas kepada Shuib.

Menurut laporan mStar, Suraya menyifatkan pengasas syarikat berasaskan air, Bubble Bee itu sebagai seorang yang pemurah kerana sering berkongsi rezeki dengan rakan-rakan setugas.

“Terima kasih Shuib sebab selalu berkongsi rezeki. Dia bayar sarapan kami setiap hari,” ujarnya.

Akui dia juga sangat komited terhadap tanggungjawab kerja, Suraya mendedahkan Shuib tidak pernah datang lambat ke konti.

Untuk rekod, Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM pada 29 Ogos 2023 dan kontraknya berakhir selepas satu tahun tiga bulan di situ.

Sumber : mStar

Syamir Shafie