“Mak Cik Tu Dah Tua, Nanti Laki Mak Cik Pula Saya Rampas Nanti!” – Terima Pesanan Berbentuk Ugutan, Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis

Susulan kontroversi yang menimpa anaknya yang juga pempengaruh Cupcake Aisyah baru-baru ini, ibunya Sue Zarip tampil mendedahkan tangkap layar pesanan Whatsapp yang diterimanya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instastory, individu tersebut memintanya untuk tidak mempertahankan tindakan Aisyah atau nama penuhnya, Nur Aisyah Muhammad Zarip, 24, yang didakwa bercinta dengan bekas teman lelaki pempengaruh sensasi, Kasih Iris Leona.

“Jangan backup anak makcik ya. Kena bagi teguran buakn backup.

“Mak cik pun dah tua. Nanti laki mak cik pula saya rampas nanti,” tulis individu tersebut.

Tidak berdiam diri dengan tindakan berani individu tersebut, Sue Zarip turut meminta bantuan para pengikutnya agar menjejak nombor telefon yang tertera.

“Ada nombor handphone ni boleh trace ic or pemilik tak?,” katanya.

Tidak habis disitu, Sue juga memohon agar kontroversi yang menimpa anaknya tidak diperbesarkan dan patut dihentikan dengan kadar segera.

Malah, dia juga kelihatan memuat naik foto sedang berada di balai polis dipercayai membuat laporan berhubung pesanan berbentuk ugutan yang diterimanya.

“I think all this should stop! Enough is enough! Next anyone yang kenal any good lawyer for defamation?,” jelasnya.

 

Salma Syahbuddin