Mahu Cari Calon Suami Sendiri, Mak Wan Latah Tak Serik Nak Kahwin Lagi? – “Dia Bagi Gambar Lain, Jumpa Orang Lain…”

Pelakon veteran Mak Wan memberitahu dia tidak serik untuk berkahwin lagi meskipun pernah melalui kegagalan dalam rumah rumah tangga sebelum ini.

Memetik laporan mStar, Mak Wan atau nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, mengatakan dia tidak mampu untuk menolak takdir sekiranya bertemu jodoh baru.

Malah, dia ingin mencari pengganti atas pilihannya sendiri.

“Kita tak boleh nak menolak takdir. Nak kata serik memang serik apa yang berlaku tapi ketentuan Allah kita tak tahu sebab itu Allah bagi ujian.

“Saya reda. Nak tolak jodoh itu tidak. Biarlah saya cari calon sendiri. Kalau dipadankan, dia bagi gambar lain, nanti jumpa orangnya lain.

“Apa-apa pun soal jodoh saya serah ketentuan-Nya,” ujarnya.

Berkongsi kisah perkahwinan sebelum ini yang bertahan selama tiga bulan, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini mendedahkan kesibukan kerja membuatkan mereka tidak dapat meneruskan perkahwinan tersebut.

“Itulah namanya jodoh. Allah mungkin menguji rumah tangga saya untuk cuba bertahan dalam masa setahun, tetapi tidak sampai.

“Perkahwinan saya hanya bertahan selama tiga bulan. Dalam tempoh perkahwinan itu juga, saya hanya bertemu dengannya selama tiga hari.

“Saya banya berada di KL kerana menjalani penggambaran drama. Saya suruh dia (bekas suami) datang KL, dia tak mahu. Saya reda dan terima dengan rela hati,” katanya.

Untuk rekod, Mak Wan mendirikan rumah tangga bersama Husain Dolah pada 22 Januari tahun lalu dan bercerai pada 21 April tahun sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Isu Perceraian, Mak Wan Latah Didakwa Langgar Kontrak? – “Hari Shooting Tak Datang Bagi Alasan COVID, Tapi Pergi Shooting Lain”

Maya Basir