Categories: HiburanSelebriti

Ameera Khan Kongsi Foto Dalam Kolam, Netizen Hujani Ruangan Komen Dengan Teguran

Adik kepada Neelofa, Ameera Khan tampil berkongsi fotonya berbikini di dalam kolam renang sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Perkara tersebut telah dimuat naik oleh Ameera menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Ameera atau Little Miss Khan (LMK) turut berkongsi beberapa keping fotonya yang sedang menikmati pemandangan bandar sambil berenang.

“Is summer over?,” tulisnya.

Kurang senang melihat perkongsian tersebut, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai respons berbaur teguran kepada LMK menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga pengikutnya yang memuji kecantikan semula jadinya yang sering menjadi idaman para wanita.

Fatin Nurain