[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani mencuri perhatian selepas hadir pada sebuah majlis baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Lisa kelihatan hadir bagi memeriahkan acara Go Aktif Dengan Daia sebelum kelibatnya dirakam ketika sesi menari beramai-ramai.

“Comel Dooh,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Melihat gelagat ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, rata-rata warganet terhibur melihat aksi Lisa yang menari dengan agak sopan.

Malah, ada yang teruja melihat aktres itu kelihatan tampil dengan wajah polos tanpa make up namun masih kelihatan cantik.

“Comelnya, dia joget pun sopan.

“Comelnya Lisa Surihani ni.

“Dia memang comel dari dulu okay! Lebih lagi masa Istanbul Aku Datang.

“Lisa ni kalau menari mesti ada groove, vibes sangat! Tapi still sopan.

“Cantiknya Lisa Surihani ni, wajah dia manis dan lembut je.

“Dia menari pun cantik, aku serius tak faham!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 50,000 tan da suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin