Makin Kurus… Nafi Putus Cinta, Yazmin Aziz Bahagia LDR Dengan Kekasih

Penyanyi Yazmin Aziz tampil menafikan dirinya kini sudah putus cinta dek kerana penampilannya yang semakin kurus.

Menurut Yazmin, dia menganggap perubahan bentuk badannya itu adalah sebahagian daripada usahanya membuat ‘work out’.

“Saya ada juga dapat pujian itu tapi sebenarnya saya makan macam biasa sahaja. Tapi saya ada kerap pergi gym untuk workout dan menjaga pemakanan yang sihat.

“Saya bukan pergi gym untuk nampak cantik semata-mata tapi untuk kesihatan tubuh badan dan mental. Saya juga elak pengambilan gula walaupun bila travel saya makan banyak,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Yazmin ketika ditemui di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Ahad lalu.

Nafi dirinya sedang kecewa, Yazmin mengakui dirinya sedang bahagia bersama kekasihnya biarpun menjalinkan hubungan jarak jauh atau ‘long distance relationship’ (LDR).

“Tulaa selalu orang bahagia gemuk kan, ni kita kurus. Bagi saya kalau sebelum ni saya patah hati saya akan kurus. Tapi kali ini saya lebih sayangi diri saya. Kalau saya kurus ke gemuk ke sebab diri saya sendiri.

“Saya suka juga sebarkan positivity. Kalau sebelum ni orang suka bercakap tentang hubungan saya. Jadi sekarang kalau saya happy, saya pun nak orang happy juga.

“LDR ni bukan semua orang percaya. Jadi, tahun ni saya nak influence orang yang jarak jauh bukanlah satu cabaran dalam hubungan,” jelasnya.

 

Fatin Nurain