“Malas Nak Layan! Saya Dah Penat, Yang Dengki Tu Mungkin…” – Tepis Dakwaan Gatal & Tak Matang, Shila Amzah Lali Dengan Kecaman Netizen

Sejak kemenangan yang diraih pada Anugerah Juara Lagu ke 36 lepas, nama Shila Amzah kembali hangat diperkatakan.

Namun, baru-baru ini beliau sering terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan status ibu tunggalnya apabila ada segelintir  warganet yang  melabel dirinya sebagai gatal kerana sering bercakap soal jodoh secara terbuka menerusi platform media sosial miliknya.

Bagaimanapun, enggan melayan tuduhan yang dilemparkan, Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, mengakui sudah lali dengan sikap netizen.

“Orang tanya saya jawab jelah… Sebab saya dalam keadaan agak bahaya sekarang. Saya tak filter jadi mungkin ada yang suka dan mungkin juga ada yang tidak suka.

“Dah 22 tahun dalam industri sebenarnya saya dah penat.Malas nak layan. Bila ada yang kecam orang itu dengki dan mungkin dia tidak gembira dengan hidupnya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sentiasa bersedia dengan kecaman dan soalan peminat mengenai status dirinya termasuklah soal berkaitan jodoh.

“Sebenarnya saya dah bersedia. Orang boleh tanya apa sahaja, saya akan jawab dan pilik keterbukaan untuk menjawab sama ada 70 atau 50  peratus. Tapi saya akan tetap jawab,” jelasnya.

Sementara itu, Shila juga mengakui dia amat berhati-hati dalam soal pemilihan pasangan pada masa hadapan.

“Saya nak yang rajin, saya taknak orang yang tak ada hala tujudalam hidup. Tiada matlamat dan visi termasuklah orang yang tak bertanggungjawab atas hidup sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Pernah ‘Single’ Terlalu Lama, Hidup Saya Bosan….” – Anggap Lelaki Tidak Semua Sama, Shila Amzah Akui Tidak Serik Untuk Cari Pengganti

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin

Recent Posts