Categories: Hiburan

Mampu Bawa Anak Bercuti Di Jepun, Pengikut Tumpang Gembira Dengan Bekas Isteri Hafidz Roshdi – “Rezeki Awak Lebih Murah…”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil berkongsi momen indah ketika bercuti di Jepun bersama kedua-dua cahaya matanya, Humairah dan Umar.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Shuhada menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu turut berkongsi beberapa kepingan fotonya bersama anak-anaknya ketika tiba di Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

“Heyyyy Konichiwa 🎀😅 safely arrived in Tokyo,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Shuhada turut berkongsi bahawa sebelum ini dia dan bekas suaminya, Hafidz pernah berjanji untuk membuat “cinema hunting” bersama.

Namun, Shuhada nekad untuk meneruskan impiannya itu bersama kedua-dua anak kesayangannya, Humairah dan Umar.

Kagum melihat semangat ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu gembira, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah bercerai dengan talak satu, pada 27 Julai lalu.

Fatin Nurain