Mana Ada Lofa Bercinta, Kawan Jer…

Hans kahwin ke ataupun saya yang kahwin, kami akan tetap berkawan sampai bila-bila,” komen Neelofa berhubung gambarnya yang sedang makan malam bersama Datuk Hans Isaac tersebar, baru-baru ini.

Gambar yang tersebar itu seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang melaporkan kedua selebriti ini kembali menyulam kasih.

Tambah pengacara berusia 29 tahun itu, apa pun yang terjadi, dia dan Hans akan tetap berkawan.

Difahamkan, foto itu dirakamkan ketika mereka bersama beberapa teman termasuk Elaine Daly ke lokasi peranginan popular itu untuk menonton konsert John Legend yang berlangsung Ahad lalu.

Neelofa yang menjalin cinta dengan Hans selepas bertemu ketika membintangi filem Lemak Kampung Santan, beberapa tahun lalu berkata, hubungan mereka berjalan atas dasar profesional.

Kawan dan keluarga tahu akan hal ini dan mereka juga menghormati persahabatan kami,” katanya.

Ketika disoal mengenai kontroversi berhubung pelancaran koleksi tudung Be Lofa yang berlangsung di salah sebuah pusat hiburan di ibu kota baru-baru ini, Neelofa enggan menoleh kepada perkara yang sudah lepas.

Saya pilih untuk hidup gembira. Harus kuat dan positif, Alhamdulillah saya gembira dengan hidup saya sekarang,” akhirinya ringkas.

Terdahulu, aktres jelita ini yang merupakan pengarah urusan tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd menimbulkan kontroversi selepas melancarkan koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk. Namun, syarikat berkenaan telah pun memohon maaf kepada semua.

Hal dah lepas, jangan dikenang ya. Kalau Lofa pun dah move on, korang pun kena move on ya!

 

SGMS Faida