Categories: HiburanSelebriti

‘Mana Ada Gimik’, Fitri Haris Tiada Niat Tipu Peminat

Baru-baru ini, penyanyi Fitri Haris telah memuatnaik sekeping gambar majlis pertunangan yang menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

Selepas beberapa minit, komen pertanyaan daripada netizen mula membanjiri laman Instagram penyanyi berusia 34 tahun itu.

Tidak mahu terus mengelirukan peminat lagi, Fitri Haris tampil dengan penjelasan.

“ Saya tidak berniat menipu sesiapa, hanya sekadar usik pengikut di laman Instagram.

 “ Terkejut juga apabila melihat ramai mengucapkan tahniah. Foto itu diambil ketika majlis pertunangan sepupu saya.

“ Mungkin disebabkan tanda pagar dan kapsyen begitu, selain wajah bapa saya turut kelihatan menyebabkan ramai sangka saya yang bertunang,” katanya.

Akui penyanyi lagu Wahai Kekasihku, dia menafikan ia adalah gimik untuk lagu terbarunya dan tidak berniat mempermainkan sesiapa dan meminta maaf atas kejadian itu.

” Saya tiada masa untuk fikir soal gimik atau sebagainya kerana sedang sibuk menyiapkan tesis ijazah kedoktoran.

“Kalaun diikutkan hati, mahu sahaja saya padam gambar itu, tetapi pengurus saya menghalangnya,” katanya.

Lagu Wahai Kekasihku ciptaan Encik Mimpi, manakala liriknya oleh Hafiz sudah berada di semua platform digital, manakala video muzik akan ditayangkan di saluran YouTube: Fitri Haris bermula jam 9 malam ini serta nantikan lagu ini dalam carta Muzik-Muzik 33 nanti ya! 

SGMS Faida