“Mana Buktinya?” – Disebabkan Kerjaya, Menantu Zainal Abidin Bengang Didakwa Curang?

Selepas bapa terpalit dengan kontroversi mengenai kahwin kali kedua tanpa pengetahuan isteri, anak kepada Zainal Abidin pula dikatakan berdepan dengan masalah rumah tangga.

Memetik laporan mStar, menantu kepada bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia mengakui bengang apabila dituduh curang oleh suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin.

Sofia mendedahkan bahawa suaminya itu mendakwa dirinya berlaku curang kerana bekerja sebagai pramugari.

“Kalau disebabkan pekerjaan saya ni dia anggap saya curang… pekerjaan inilah yang bela anak kami selama enam tahun.

“Saya bagi anak saya makan, minum, pakai, pelajaran dan kesihatan semua saya beri pada anak-anak.

“Kerja pramugari ini dia cakap saya curang, mana buktinya? Tunjuklah pada saya,” luahnya kepad mStar.

Sehubungan itu, Sofia juga berkongsi mengenai prosiding pertama kes penceraiannya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Klang pada Isnin.

Menerusi prosiding tersebut, mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 23 Februari.

Sumber: mStar

Atiqah Johari

Recent Posts