Categories: Hiburan

Manis Bertudung Di Sebuah Acara, Amy Nur Tinie Dah Berhijab?

Pelakon dan model Amy Nur Tinie hadir ke acara pelancaran produk madu dari Mesir, Madduna dengan penampilan berhijab.

Manis mengenakan tudung rona emas, Tinie hadir selaku pengacara majlis pelancaran produk terbabit.

Menimbulkan tanda tanya orang ramai, Miss Eco International 2019 menjelaskan dia masih belum berhijab.

“Saya belum bertudung. Ini merupakan permintaan client sebenarnya, sebab kadang-kadang mereka yang minta untuk saya berhijab ketika mengacarakan majlis.

“Sebelum pelancaran Madduna pun, saya ada mengendalikan acara pelancaran anak tudung, jadi saya perlulah menghormati majlis dengan berhijab,” kata Tinie.

Pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu menegaskan dia menyesuaikan penampilannya mengikut acara yang dihadiri dan memohon doa yang baik-baik dari semua.

“Tapi siapalah tahu, suatu hari nanti terbuka hati untuk saya berhijab, sampai hidayah… Insya-Allah, saya mohon doakan yang baik-baik,” katanya.

Tinie ditemui pada majlis pelancaran produk madu berkhasiat dari Mesir jenama Madduna di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu itu, pengasas produk Madduna Jadwa Abu Bakar, positif dalam melancarkan inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai golongan muda menggemari produk madu.

“Saya amalkan madu sejak kecil dan anak-anak juga sama seperti saya. Saya mahu galakkan golongan muda ambil madu.

“Madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.

“Antara kebaikan madu asli keluaran kami adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.

“Selain itu, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau, kemurungan dan sakit kepala kerana madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil pinocerin,” katanya.

Diterbangkan dari Mesir, Madduna dihadirkan dalam tiga perisa iaitu madu asli, sitrus dan habatusssauda.

“Bercakap mengenai jenama ini, ia merupakan antara madu terbaik dari Mesir. Kami sendiri pergi melawat kilang di sana selepas berpuas hati dengan kualiti dan sumber madu serta operasi syarikat yang mengeksport ke sebahagian besarnya ke pasaran antarabangsa membuatkan keyakinan saya begitu tinggi untuk membawa Madduna ke Malaysia.

“Sebagai permulaan, kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah.

“Dalam usaha untuk menembusi pasaran lebih luasdi seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram,” katanya.

Padin