Masalah Anxiety…Diana Danielle Tak Bergantung Dengan Ubat?

Pernah mendedahkan berdepan dengan masalah anxiety atau kebimbangan melampau pada Ogos lalu, pelakon Datin Diana Danielle mengaku tidak terlalu bergantung kepada bantuan ubat.

Diana ketika ditemui di majlis pelancaran IL CI Plus, Perlindungan Kesihatan Mental yang pertama di Malaysia anjuran eTiQa memaklumkan dia kini lebih fokus dengan gaya hidup sihat.

“Sebagai pelakon dan usahawan, saya perlu bekerja tiga kali lebih kuat. Jadi tekanan juga sudah pasti berganda dari sebelum ini.

“Saya pernah mendapatkan rawatan pakar sebelum ini yang mana doktor turut memberi ubat.

“Namun begitu, saya akui tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat. Oleh itu saya lebih fokus memperbaiki gaya hidup sihat seperti cukup tidur dan pemakanan teratur. Itu lebih mujarab untuk diri saya,” katanya kepada Xtra.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Menara Maybank, Bangsar hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Namun begitu, cara rawatan bagi setiap individu adalah berbeza dan mengikut kesesuaian tubuh masing- masing.

“Saya tidak bermaksud orang yang berdepan dengan anxiety tidak perlukan ubat. Ini cara saya. Perlu faham, situasi setiap orang adalah berbeza,” katanya.

Sebelum ini, Diana pernah mendedahkan mengalami ‘mental breakdown’ yang menyebabkan dirinya sukar bernafas.

Tambah Diana, dia turut mengalami sakit dada akibat terlalu memaksa untuk bernafas dan turut mendapatkan rawatan di hospital.

Oleh: Fas

SGMS Faida