Masih Dalam Pantang, Suami Madammu Hadiahkan Kereta Mewah!

Usahawan terkenal, Eyrica Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu menerima hadiah sebuah kereta mewah daripada suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, hadiah tersebut dipercayai sempena Madammu melahirkan anak mereka yang pertama.

Menurutnya, hadiah itu merupakan kali kedua diterimanya dimana sebelumnya ketika berada di hospital.

“Dekat hospital dah dapat hadiah. Balik rumah dalam pantang dia bagi hadiah lagi! Thank you suami!,” ujarnya.

Meskipun bayi yang digelar Baby A merupakan zuriat pertama Madammu, dia tetap menganggapnya sebagai anak bongsu.

“Keputusan i tetap sama! Baby A adalah anak bongsu!,” jelasnya.

Untuk rekod, Madammu dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan suaminya terdahulu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Maya Basir