Masih Menanti Tawaran Kerja, Jalil Hamid Kuat Lawan Sakit -“Saya Kerja Harapkan Gaji, Bila Tak Ada Susah Sikit”

“Susah orang nak tawarkan saya kerja dengan keadaan saya macam ini”.

Demikian luahan hati pelakon dan penyanyi, Jalil Hamid apabila memaklumkan, dia kini masih menunggu tawaran lakonan meskipun keadaan kesihatannya sedikit terganggu.

Menurutnya, sudah tiga tahun dia tidak mendapat tawaran berlakon dan itu sekaligus membuatkan masalah ganguan anxiety (keresahan) semakin menjadi-jadi  apabila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

“Sakit tu dah dirawat. Pada mulanya saya memang ada masalah esofagus. Sebelum buat tu saya didiagnos mengalami masalah hati, jantung dan kaki pun bengkak bila minum air lebih. Mungkin itu psikologi juga lah.

“Dan anxiety tu menjadi-jadi, selalu rasa nak marah sebab rasa tak selesa kan? Yang kesiannya orang kanan saya lah (isteri),” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ayam ini menjelaskan, dia masih mampu melakukan pekerjaan sekiranya diberikan tawaran.

“Malu nak cerita, kita ni kan kerja harapkan gaji. Bila ada kerja ada gaji, bila tak ada kerja termenung je lah…

“Kehidupan tu kita guna jelah apa yang ada untuk meneruskan kehidupan. Tapi dalam keadaan kesihatan macam tu, susah juga orang nak ambil.

“Tapi kalau ada panggil la saya sebab saya suka bekerja cumanya tak boleh kerja lasak macam dulu,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin