Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Pasangan pelakon, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sering mencuri perhatian di media sosial lebih-lebih lagi setelah mereka secara terbuka menunjukkan kini sedang dalam fasa percintaan.

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, Aedy menceritakan bagaimana caranya memujuk Amelia ketika mereka bergaduh.

Jelas Aedy, mereka jarang bergaduh namun hanya mengusik manja mengenai isu biasa terjadi dalam kalangan pasangan bercinta.

Aktor drama ranntaian Kisah Cinta Kita ini berkata mereka hanya bergaduh manja tentang pemilihan kedai makan.

“Kami jarang sangat bergaduh sebenarnya. Selalunya gaduh dalam bab nak pergi makan kat mana, nak order makan apa.. Tapi tak gaduh pun, macam lebih kepada manja-manja.

“Macam ‘eh you, I nak makan ni’.. dia akan cakap ‘oh you want it, you nak makan tu ke?’, lepas tu nanti dia akan kata ‘oh ok tak apalah you nak makan tu, makan tu la…’ ha dia merajuk macam tu,” katanya.

Namun begitu, Aedy berkata Amelia seorang wanita yang tidak kuat merajuk dan sekiranya dia ada berkecil hati dalam apa-apa isu, aktor filem War On Terror KL Anarki ini akan membeli bunga dan makanan.

“Kalau dia dah merajuk saya kena beli makanan dan bunga, kalau tak dia tak nak makan. Dia seorang yang tak kuat merajuk, biasanya sayang yang merajuk,” katanya berseloroh.

@cutieangelica3

Makanan & bunga ??!!! 🥹🤌🏻❤️ #aedyashraf #ameliahenderson #aedyamelia #fypシ゚viral #foryoupage #fypage

♬ Kaulah Selalu Ada – Putri Ariani

Aedy berkata demikian dalam temu bual bersama radio swasta baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Cara Dia Tunjuk Concern Tu…” – Kongsi Sebab Tertarik Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Jawab Soal Perancangan Kahwin

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Tak Ambil SPM, Terpaksa Berhenti Sekolah Atas Masalah Kewangan… Galas Tanggungjawab Jadi Ketua Keluarga – “Fokus Sepenuhnya Pada Berlakon”

Aqilah Paharuzi