Categories: HiburanSelebriti

MASIH RELEVAN KE, NOAH?

Selepas lebih 6 tahun tahun menyepi, akhirnya Kumpulan Noah bakal kembali menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini.

Noah yang sebelum ini dikenali sebagai Peterpan merupakan sebuah kumpulan muzik no 1 yang terkenal di Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Konsert yang semestinya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat tegar mereka di Malaysia . Bagi mereka, ini adalah satu peluang untuk Noah kembali bertemu dengan peminatnya setelah sekian lama.

Bagi Noah muzik yang dibawakan oleh mereka masih relevan. Terutamanya, di telinga penggemar-penggemar di Indonesia dan juga Negara jiran, iaitu Malaysia. Mereka berjanji, mereka akan menghidangkan sebuah konsert yang akan diisi dengan pelbagai gimik dan barisan lagu daripada zaman Peterpan dan lagu hit daripada album Noah.

Mengikut catatan kejayaan Noah yang pernah mengadakan persembahan di Melbourne, Australia pada tahun 2012, dan pastinya Noah mampu menarik lebih 8,000 peminat mereka untuk menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Mengadakan persembahan bukan di gelanggang sendiri, semestinya Noah mahu konsert ini akan meninggalkan kenangan yang cukup manis kepada para peminat setianya.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Noah pada malam tersebut termasuklah, lagu dari siri jelajah Noah di United States Tour pada tahun 2015.

“Muzik itu universal. Bahasa itu mampu melingkari mana-mana ruang lingkup yang terbuka dan tertutup”.Muzik tanpa batasan, bahasa bukan penghalang”. Ujar Ariel.

Noah terdiri daripada Ariel (Vokalis), Uki (gitar), Lukman (gitar), dan David (keyboard dan piano).

tex_admin