Masih Trauma, Ifan Seventeen Akui Takut Tengok Laut

Semalam, genap setahun tragedi tsunami di Tanjung Lesung, Indonesia yang meragut nyawa ahli kumpulan Seventeen.

Bagi satu-satunya anggota yang terselamat, Ifan, dia mengakui masih trauma melihat laut apa lagi untuk berenang.

“Selama setahun ini saya tidak pernah ke pantai kecuali beberapa bulan yang lalu ketika menempuh perjalanan ke Tidore dengan kapal laut.

“Mahu atau tidak saya harus melaluinya. Tetapi untuk ke pantai tanpa sebab, itu masih susah buat saya,” kata Ifan Seventeen kepada Tribun Seleb.

Selain itu, Ifan mengaku masih takut untuk berenang di lautan kerana teringat saat cemas ketika berdepan dengan insiden tsunami.

“Sampai sekarang saya masih belum berani untuk berenang. Saya menjaga diri buat masa ini.

“Dalam masa sama, saya berdoa selalu agar perasaan ini bakal hilang walaupun mengambil masa,” ujarnya.

Sebagai memperingati kejadian yang menimpa anggota kumpulan Seventeen, Ifan mengadakan majlis tahlil untuk mendoakan kesejahteraan isterinya, Dylan Sahara dan rakan band yang terkorban dalam kejadian itu.

SGMS Faida