Masya Masyitah Ikut Jejak Langkah Sheila Amzah?

Penyanyi yang popular menerusi lagu Halimunan ini nampaknya sudah mula mengorak langkah sehingga ke negeri China apabila dianugerahkan Most Potential New Artist of The Year yang diterimanya di Asia Music Award di Shenzen, China.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Satu lagi trofi untuk mak, ayah, keluarga dan orang yang saya sayang. Terima kasih sebab selalu bagi semangat dan sokong saya walau dalam apa keadaan sekalipun”

Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, beliau sedang fokus untuk menghasilkan single berbahasa Mandarin untuk pasaran yang lebih luas, memandangkan beliau juga fasih bertutur dalam bahasa tersebut.

“In shaa Allah, perlahan-lahan untuk mencuba pasaran negara China pula” Katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Masya bakal mengadakan konsert bersama penyanyi, Jeryl Lee sempena sambutan tahun baru 2020 di Arena Of Stars, Genting Highland pada 31 Disember ini.
Salma Syahbuddin