Maya Matahari Dikaitkan Dengan Kekasih Orang?

Sekitar Julai lalu, penyanyi Maya yang terkenal dengan lagu Matahari mengaku hatinya  kini telah dimiliki. 

Namun begitu, identiti kekasih penyanyi berusia 42 tahun itu tidak banyak dikongsikan memandangkan mereka pun baru sahaja berkenalan.

Baru-baru ini, nama Maya kembali menjadi sebutan di media sosial apabila netizen mengaitkan penyanyi ini dengan kekasih orang. Hurm…betul ke ni? 

Salah seorang netizen yang perlu dirahsiakan namanya memberitahu dia disekat dari melihat aktiviti Maya di laman Instagramnya. Namun begitu, kes ini sudah berlaku setahun yang lalu.

Kami akan cuba menjejak Maya untuk mendapatkan kepastikan mengenai hal ini. 

Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, tetapi bercerai pada 17 Ogos 2015.

SGMS Faida