Categories: HiburanTrending

Meerqeen & Anna Jobling Meriahkan Minggu Keempat Terpaling Juara Ahad Ini, Bakal Buat Pengumuman Khas?

Drama bersiri Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat Malaysia dan Indonesia.

Naskhah yang dibintangi oleh Meerqeen dan Anna Jobling ini membuatkan ramai yang ‘angau’, malah ramai peminat yang mahukan pasangan ini bercinta di luar set penggambaran.

Dengarnya, pasangan ini akan membuat kemunculan istimewa di konsert minggu keempat Terpaling Juara yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Meerqeen dan Anna dikhabarkan bakal membuat pengumuman khas di pentas konsert tersebut nanti.

Hmmm, pengumuman apa tu agaknya?

Adakah angan-angan peminat yang mahu menyaksikan Meerqeen dan Anna bercinta di luar set penggambaran bakal tercapai? Sama-sama kita nantikan!

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Padin