Categories: HiburanSelebriti

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Bekas peserta program realiti Mentor 7, Megat bersyukur diberikan peluang menyanyikan dua lagu tema bagi drama rantaian popular Nur 2.

Menurut bekas protege Aizat Amdan ini, tawaran yang diterima daripada komposer Farouk Roman diibarat bagai bulan jatuh ke riba.

“ Terkejut bila saya dimaklumkan berita gembira ini. Abang Farouk memberi saya peluang untuk menyanyikan sebuah lagu duet bersama Amylea berjudul Tetap Kamu.

“ Cuma apa yang saya risaukan jika pendengar membandingkan kemampuan saya dengan penyanyi lagu tema Nur, Tak Pernah Hilang iaitu Kaer Azami.

“ Bagi saya, beliau seorang penyanyi yang hebat. Dalam masa sama, saya berharap gandingan saya dan Amylea dapat diterima ramai,” katanya kepada XTRA.

Akui Megat, dia cukup berdebar menunggu reaksi pendengar memandangkan single pertamanya ini bakal menghiasi sebuah drama yang mencetuskan fenomena.

“ Saya sudah lakukan yang terbaik. Saya sedar, jangkaan pendengar sudah pasti besar memandangkan lagu tema untuk Nur sebelum ini meninggalkan impak besar. 

“ Sebagai penyanyi baharu, saya mohon agar diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar. Paling penting, saya memiliki penyampaian dengan cara tersendiri tanpa mengikut mana-mana penyanyi lain,” katanya. 

Megat turut menyanyikan sebuah lagi lagu berjudul Cintaku yang juga ciptaan komposer Farouk Roman. 

Selain Megat, penyanyi Amylea Azizan, Marsha, Indah Ruhaila dan Roman bakal menyanyikan lagu- lagu yang bakal melatari drama Nur 2.

Drama yang bakal bersiaran bermula April ini diarahkan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin.

SGMS Faida