“Melawan Perintah Allah & Rasul Ke?” – Bagi Teguran Alya Iman Isu Buka Tudung, Netizen Label Afiq Muiz ‘Over’

Pelakon Afiq Muiz tampil menegur pelakon Alya Iman yang tidak lagi berhijab di sebuah portal hiburan, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen di Instagram @astrogempak, Afiq menasihatkan agar Alya mempertimbangkan semula keputusan tidak bertudung dimana dia pasti akan menerima seksaan di akhirat.

“Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke? Fikir la sebab perempuan tak bertudung confirm di siksa Alya,” komennya.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan komen dan menganggap abang kepada pelakon Aishah Azman itu tidak layan memberi nasihat kepada Alya.

“Mufti Menk pun pernah cakap kalau bab aurat wanita ni lelaki bukan keluarga tak payah lah bagi pendapat. Lebih baik wanita yang beri nasihat. Abang ni abang dia ke?,” balas netizen.

Tidak berdiam diri, Afiq menjelaskan dia menegur sebagaimana Nabi juga akan memberi teguran dalam soal aurat.

“Ini bukan pendapat…tak tahu baca ke? Bagi aku Nabi pun lelaki tegur pasal aurat wanita. Jangan over over pulak tap bengap an,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Alya mengakui masih menerima kecaman netizen tentang penampilan barunya yang tidak lagi bertudung serta mengaitkan nama arwah bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Terima Kecaman Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik – “Jika Nak Salahkan Saya, Silakan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Maya Basir